Nak Citer Something Funny...^_^



Assalamualaikum..

Wassup2...bertemu kita kembali dalam blog yg tak sberapa ne...heheh...ary ne nak story mory something funny...
Camni...Tadi mimiey baru jer bukak satu satu entry..nak tw entry aper??...hmm,actually entry 2 cbuah crita lucu...sangat lucu..,.sampai mimiey pun gelak sakan...hahah...ok...ary ne nak kongsi salah satu cruta dalam entry 2...^_^..



  SILALAH BACA......^_^

Robot Hebat..

Samad adalah seorang profesor terulung, dia
berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat
robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan
terus menampar si pembohong itu...Samad
dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak
lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi
barulah anaknya pulang.


"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.


"Nak,
ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang
berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".


Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu
nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?!
Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak
pernah pun buat macam nie.


*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...


Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh,
sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?
Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."


*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya
dan semua terdiam.


KEMALANGAN JALAN RAYA


Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu
terhuyung hayang melanggar tiang lampu dan terbalik.. Kesemua
penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita
tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor
monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa
sedikit lukapun.




Pihak polis kebingungan
melihat kejadian itu… lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si
monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..




Polis : “Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?”
Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.




Polis : “Oh…kereta terbalik beberapa kali… jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?”
Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..




Polis : “Oh…lelaki itu sedang mabuk masa memandu. Dan bagaimana pulak wanita tua itu? Anak-anak juga buat apa?”
Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar.




“Oh…okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tidur dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?”
Dan… si monyet kemudian menirukan gaya memandu…


Mayat


Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital utk menyiasat puncakematian tiga lelaki sekaligus.Selepas memeriksa mayat2 itu,dia bertanya kpd penjaga bilik berkenaan.
Polis: Mengapa ketiga2 mayat tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding semasa meninggal kerana diserang strok.Lelaki kedua pula khabarnya menang loterida n mati serangan sakit jantung, manakala yg ketiga disambar petir.
Polis: Hah! kenapa disambar petir puyn tersenyum?
Penjaga: Masa tu dia ingat org sedang mengambil gambarnya.Tengok..tangannya pown sedang menunjukkan tanda 'PEACE'



Malas Ke Sekolah


Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.


Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.


Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!


Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.


Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!


Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”


Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.


Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik….
Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun…..
Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!

Mesti korang pown gelak kan...^_^

Ok sekian saja utk hari ne...Bye...^_^

Assalamualaikum

tQ cOz sudi baca entry nie...SENYUM SIKIT..=)

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
~Jangan Lupa tinggalkan Komen yek...
~komen Jangan tak kOmen..
~tQ...^_^

Copyright@ Originally Created by Pick_Me ^_^